Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, June 25, 2015

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 8: Perbahasan Kitab Al-Umm ~ Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kelapan buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan jizyah (cukai), memerangi pemberontak dan murtad, perlumbaan dan pertandingan, hukum memerangi kafir harbi, hukum berkaitan pernikahan seperti pernikahan kanak-kanak, orang gila, orang musyrik, ahli zimmah dan orang murtad. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.
*****
(SEM) RM65.00 > RM57.20
(S/S) RM68.00 > RM59.80

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...