Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, January 18, 2014

Beberapa Kepercayaan & Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam: Dilihat Daripada Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah ~ Prof. Madya Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr Jamaluddin Hashim Al-Madani, Dr Razali Musa Al-Azhari

Sesiapa yang berpegang teguh dengan Al-Our'an dan Sunnah tidak akan sesat selama-lamanya, itulah jaminan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat Islam. Pemahaman terhadap Al-Our'an dan Sunnah adalah sangat penting kerana ia merupakan panduan yang digunakan oleh umat Islam untuk menilai kepercayaan dan amalan yang mereka amalkan selama ini sama ada benar ataupun tidak. Tanpa pemahaman ini adalah amat sukar untuk seseorang untuk memastikan kepercayaan atau amalan yang dilakukannya tetap di atas landasannya atau tidak.

Oleh itu setiap amalan dan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam tidak boleh dilakukan - mengikut suka hati, mimpi, kasyaf, ilham, ilmu ladunni, budaya dan lain-lainnya. Seperti apa yang sering terjadi akhir-akhir ini sehingga ia mampu membawa pengamalnya menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Sebaliknya setiap amalan dan kepercayaan kita wajib dilakukan selaras dengan dua sumber muktabar iaitu Al-Qur'an dan Sunnah Nabi S.A.W.

Buku ini menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kepercayaan dan amalan kontroversi dalam masyarakat Islam. Semoga dengan contoh, huraian dan penjelasan yang dikemukakan oleh para penulis di dalam buku ini, boleh kita jadikan pedoman dan panduan, khususnya dalam melakukan ibadah dan meraih keredaan dan ganjaran Ilahi. Semoga setiap amalan yang kita lakukan, diterima dan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah Azza wa Jalla.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...