Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, September 14, 2018

Life Goes On ~ Siti Nordiana

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Dunia yang sekadar persinggahan,
namun kita sering terlupa kepada yang namanya pinjaman,
lalu kita lemas dalam ujian,
hanyut dalam kecewa yang berpanjangan.

Sedar dan bangkit dalam kealpaan,
itu yang seharusnya kita lakukan,
kerana akan lemahlah jiwa jika kita berlagak lemah,
akan kuat semula jika kita berlagak lemah,
akan kuat semula jika kita berlagak gagah,
biarpun tidak mudah dalam mengorak langkah,
namun hati yang berat ini harus dipaksa-paksa.

Wahai hati yang hebat diuji,
kau tak akan kembali kuat,
jika tidak belajar untuk bangkit kembali,
kau tak akan kembali tegar,
jika nasibmu diserah bulat,
kepada ujian yang melumpuhkan jiwa dan hati.

Wahai hati yang dipalu hebat,
kau tidak pernah terlambat,
akan ada peluang dan kesempatan,
kedua,ketiga, dan akan datang,
asal kau terus cekal mendepani ujian demi ujian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...