Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Ibnu Katsir. Show all posts
Showing posts with label Ibnu Katsir. Show all posts

Thursday, February 10, 2022

Hamparan permaidani buat Nabi Sulaiman a.s.


Ifrit, iblis, jin, angin, binatang semua tunduk pada kekuasaan Nabi Sulaiman a.s. Dia Nabi yang dikurniakan Allah mukjizat lain berbanding yang lain.

Nabi Sulaiman memahami & mengerti apa yang dibicarakan oleh setiap makhluk di muka bumi. Baginda mampu menundukkan sesiapa sahaja dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya dalam menyebarkan Islam.

Hadis Nabi berkaitan dengan menziarah ke tempat kaum dilaknat Allah


Kaum 'Aad, Tsamud, Luth, Firaun, Madyan adalah antara kaum yang dilaknat Allah. Mereka banyak melakukan kerosakan pada bumi & manusia.

Sebaik azab Allah ditimpakan pada mereka, kawasan tempat tinggal yang dibanggakan menjadi padang jarak padang tekukur. Mayat mereka bergelimpangan tidak bernyawa & ada yang diterbalikkan ke dalam tanah kerana kekufuran mereka.

Untuk yang berziarah ke sini, ikutlah peringatan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Wednesday, March 17, 2021

Promosi Islamik Kitab Tafsir Al-Quran


Salam Semua...

Jom dapatkan buku-buku & kitab-kitab tafsir Al-Quran pada harga PROMOSI. 
HANYA 6 HARI SAHAJA GAIS... 
BERMULA 8/3 - 23/3/21.

Semua buku & kitab tafsir ADALAH BARU.
FREE GIFT ISTIMEWA diberikan untuk belian MELEBIHI RM150 😍

Antara buku & kitab tafsir yang ada dalam promosi ini:
  • Tafsir Al-Quran oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (7 Juzuk
  • Tafsir Al-Quran oleh HAMKA (30 Juzuk)
  • Tafsir Ibnu Katsir (1 set)
  • Tafsir Ibnu Abbas
  • Tafsir Al-Jalalain
  • Tafsir Ayat-Ayat Jilid 1 & 2
  • Tafsir Al-Quran di Radio IKIM (30 juzuk)
  • Tafsir Ayat Ahkam
Buku tafsir ini sangat sesuai untuk bacaan umum (kecuali kitab tebal tu. Yang tu kena berguru).
Ingin jadikan bacaan sendiri, hadiah, wakaf mahupun hantaran kahwin/pertunangan, sangat sesuai 💟


Sebarang belian, pertanyaan, boleh hubungi kami di:
Whatsapp: 013-6786571
IG: books_belidiskaun
FB: Booksbelidiskaun
Telegram: t.me/buukubooksville 


Friday, October 23, 2020

Ensiklopedia Kisah Para Nabi ~ Ibnu Katsir

(SEM & SS) RM100 > RM90

Allah SWT menjadikan Adam, sebagai bapa manusia, dengan tangan-Nya yang mulia. Membentuk tubuhnya dan meniupkan roh padanya. Lalu para malaikat sujud (hormat) padanya. Kemudian Allah menciptakan isterinya, iaitu Hawa, sebagai ibu manusia. Kehadiran Hawa yang ditempatkan di syurga, membuat Adam menjadi tenteram kerana telah memiliki isteri sebagai pendamping hidupnya di syurga. Allah melimpahkan nikmat-Nya kepada kedua-dua pasangan suami isteri. 

Kemudian Allah menurunkan kedua-dua manusia ini (Adam dan Hawa), ke bumi, sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan yang penuh dengan hikmah. Dari Adam dan Hawa itu, Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Atas kekuasaan Allah yang agung, Dia menjadikan di antara mereka ada yang menjadi raja (penguasa); ada pula yang menjadi rakyat jelata, ada yang fakir dan ada pula yang kaya; ada yang merdeka ada pula yang hamba sahaya. Allah menempatkan mereka di seluruh penjuru bumi. Allah menjadikan mereka sebagai khalifah di atas bumi. Sebahagian mereka menggantikan pada sebahagian yang lain. Begitulah seterusnya hingga datangnya hari perhitungan amal

50 Kenikmatan Bagi Orang Yang Solat Berjemaah ~ Mohd Ahmad Kamil

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Para malaikat yang bertugas menjaga malam dan siang, berkumpul untuk menyaksikan orang-orang yang melaksanakan solat Subuh dan Asar berjemaah. Mereka memohonkan keampunan kepada orang yang berjemaah di masjid. Allah SWT mengangkat darjat orang yang solat berjemaah sehingga mereka berada dalam tujuh golongan manusia yang mendapat jaminan syurga dan mendapat naungan Allah pada hari kiamat nanti.

Masha Allah ! Betapa hebatnya keistimewaan yang Allah kurniakan buat orang yang solat berjemaah. Jika kita benar-benar mengetahui setiap kenikmatan dan kelebihan yang Allah SWT anugerahkan buat orang-orang yang solat berjemaah, kita pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berjemaah pada setiap waktu solat sehingga ke akhir nafas kita.

Buku ’50 KENIKMATAN BAGI ORANG YANG SOLAT BERJEMAAH’ menjelaskan setiap keistimewaan bagi orang yang solat berjemaah dengan terperinci yang pastinya akan mengagumkan kita dan membuatkan kita berasa rugi jika hanya melakukan solat bersendirian.

Antara isi kandungan menarik :
Syarat-Syarat Imam Solat Jemaah
Kelonggaran Solat Jemaah
Adab & Tatacara Solat Jemaah
Hukum Solat Berjemaah Bagi Kaum Wanita
Sembahyang Jumaat
Pencuri Sembahyang

 

A Gift To Remember: Muslimah Heart ~ Muhammad Soleh Munajjid

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Seorang muslimah yang bersih hatinya akan terpancar keserian dan kejernihan di wajahnya. Kecantikan seorang wanita muslimah menjadi melebihi kecantikan seorang bidadari di dalam syurga kelak disebabkan wanita muslimah telah mengerjakan solat, puasa dan memikul dakwah dan iman.

Antara amalan-amalan hati yang dapat menyelamatkan kita adalah seperti ikhlas, takut kepada Allah SWT, berharap kepada Allah SWT, tawakal, kejujuran, rasa malu, memohon keampunan, bertaubat dan sebagainya.

Wahai muslimah ! Jadilah wanita yang memiliki kecantikan hati dan punya rasa malu. Hati yang bersih akan memandang dunia dan segala isinya dengan indah. Namun, ingatlah ! Hati akan membeku jika suka berlebihan dalam empat hal : makan, minum, bicara dan bergaul.

Milikilah buku ini wahai muslimah, agar hatimu menjadi seindah mutiara di lautan. ‘Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.’ ‘No amount of physical beauty will ever be as valuable as a beautiful heart.’

 

Doa-doa Agar Dikurniakan Hari Yang Indah ~ Sa'id bin Ali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ‘Doa-Doa Agar Dikurniakan Hari Yang Indah’ merangkumi doa-doa harian serta zikir-zikir yang boleh diamalkan setiap saat agar kita dapat menjalani aktiviti harian dengan mudah dan dianugerahkan hari yang membahagiakan setiap hari.

Allah SWT berfirman : “Bila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat, akan Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, maka mereka harus menyambut panggilan-Ku (segala perintah-Ku) dan ia harus beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah : 186)

Buku ini boleh dijadikan peneman setia anda walau ke mana sahaja anda pergi kerana seorang hamba yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT tidak akan pernah berasa resah, risau atau sedih apabila seluruh kebergantungannya hanyalah pada Allah SWT.

Bintang Tidak Kerdip Tanpa Kegelapan ~ Dr. Abu Bakar Al-Jazairi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Buku ‘BINTANG TIDAK KERDIP TANPA KEGELAPAN’ ini menghimpunkan perjalanan hidup serta keperibadian insan-insan yang dipilih oleh Allah SWT sepanjang sejarah Islam.

Jika hati sering diulit kesedihan dan kebimbangan datang silih berganti, buku ini boleh dijadikan inspirasi dengan pengajaran yang terkandung di dalamnya, seperti sifat tawaduk, murah hati, kasih-sayang, sabar dan pemaaf yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Walaupun kita tidak dapat mempraktikkan keperibadian hebat para tokoh Islam secara keseluruhan, namun jika kita mengamalkan walaupun satu sifat mulia mereka secara istiqamah, maka ia akan mejadi bukti usaha kita untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT.

“Wahai anak Adam manusia, kamu perlu mengawal nafsumu, kerana orang yang selalu menginginkan sesuatu yang dimiliki orang lain, nescaya akan selalu gelisah dan merasakan kesedihan yang berpanjangan, serta tidak akan mampu menyembuhkan kebenciannya.”

Wednesday, July 10, 2019

Malam Bagaikan Malaikat, Siang Bagaikan Singa ~ Abdul Rahim Muhammad Syakrawi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Solat, bagi kaum muslimin, adalah perkara yang tidak asing lagi. Ianya merupakan ibadah yang paling utama. Sebahagian kita menyebut solat dengan kata sembahyang. Menyamakan solat dengan sembahyang sama ertinya dengan menyatakan bahawa setiap agama memilikinya, tidak terkecuali agama kita. Ianya menyatakan hal yang demikian ini sesungguhnya tidak terlalu tepat. 

Ketika kata solat diganti dengan kata sembahyang, maka ianya mengandaikan bahawa setiap agama memiliki cara sendiri-sendiri dalam bersembahyang, akan tetapi pada hakikatnya cara tersebut memiliki maksud dan matlamat yang sama. Maksud dan matlamat yang sama, hanya cara dan waktu-waktunya saja yang berbeza. Persoalannya, apakah memang sedemikian? Apakah solat itu tidak ubahnya sembahyang yang dilakukan oleh seorang Kristian, atau seorang Hindu, atau seorang Buddha? Apakah benar bahawa maksud dan matlamatnya itu sama dan hanya berbeza dalam cara dan waktu-waktunya saja? Tidak adakah hakikat yang dapat ditarik dari perbezaan cara-cara dan waktu bersembahyang antara agama tersebut, sehingga perbezaan ini membawa perbezaan pula dalam maksud dan matlamatnya? 

Dahulukan Ibadah Kamu Daripada Dunia Kamu ~ Dr. Masiq Khalid Ali

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Apabila kamu merasai kesukaran dan menghadapi banyak masalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat diletakkan sepenuh pengharapan. Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan yang teragung dan terbesar, iaitu kenikmatan yang dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. 

Kenikmatan akhirat itulah yang akan membawa hamba kepada kemuliaan yang kekal. Kerana itu, hakikatnya seorang mukmin, tidak mengejar kenikmatan dunia, yang tidak memiliki apa-apa keuntungan melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan berupa kemuliaan di sisi Allah SWT. Tidak ada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya, yang boleh membuat manusia menjadi lupa dan mabuk, sehingga terlena dengan kehidupan dunia. Kehidupan manusia yang sudah mabuk dunia itu, menjadikan sujud, rukuk dan ibadahnya hanya untuk memenuhi rasa kenikmatan dunia. 

Dasyatnya Doa Seorang Ibu ~ Sayyid Sabiq Abdul Fattah

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Mungkin kita sering berprasangka kita tidak boleh mengabdi kepada ibu dengan memberikan kesenangan kepada apa yang dia inginkan. Salah satu alasannya kerana kita masih belum bekerja dan masih menjadi seorang pelajar ataupun mahasiswa. Jika demikian yang terjadi, khususnya kepada para pelajar dan mahasiswa, maka tidak usahlah hairan dan berkecil hati lantaran kita tidak boleh memberikan sesuatu kepada ibu kita berupa materi. Ini kerana memang kita masih berada dalam bidang pembelajaran. 

Begitu juga dengan seorang mahasiswa, janganlah dijadikan dalih bahawa ketika kita masih berstatus menjadi seorang mahasiswa, kita tidak boleh menyenangkan hati orang tua. Buanglah perasaan seperti itu kerana masih ada suatu perkara yang boleh menyenangkan hati ibu kita, iaitu dengan rajin belajar dan juga lulus sarjana sesuai dengan waktu yang telah ditentukan. Saya yakin kedua-dua orang tua kita terutama ibu kita akan bangga dengan kita, jika kita mampu memberikan markah yang terbaik dan lulus sarjana sesuai dengan waktu yang telah ditentukan.

Sejarah Dajjal ~ Ibrahim Rabi' Al-Askandi Ali Al-Haddadi

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Kata Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya, menutup (sesuatu). ‘Kamus Lisanul Arab’ mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal:
  1.  Ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutup kebenaran dengan kepalsuan. 
  2. Ia menutup bumi dengan bilangannya yang besar. 
  3. Ia menutup manusia dengan kekafiran 
  4. Ia tersebar dan menutup seluruh muka bumi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...