Terkadang kala, naratif sesuatu kisah atau riwayat Israiliyyat itu seperti sebuah sketsa yang menyampaikan sesuatu pada asalnya 'berita benar' yang berakhir dengan 'berita palsu'. Dari sudut tawasur Islam, segala ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang segala sesuatu fenomena, kejadian atau peristiwa atau kisah-kisah yang pernah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar, contoh teladan, pengajaran dan peringatan kepada umat manusia pada masa kini dan akan datang. Pelbagai maklumat tersebut adalah sebahagian daripada
Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Showing posts with label Malek Muhamat Said. Show all posts
Showing posts with label Malek Muhamat Said. Show all posts
Tuesday, April 12, 2022
Membongkar Mitos & Realiti Penghuni Bumi Sebelum & Selepas Adam AS & Hawa ~ Malek Muhamat Said
(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00Buku ini digarap daripada pelbagai sisi inspirasi dan stalistik (penyusunan ilham dan gaya penulisan ) sama ada genre fiksyen (fantasi) atau bukan fiksyen (faktual). Genre fiksyennya meliputi pelbagai naratif dongengan, cerita rakyat , penglipur lara, mitos, lagenda, roman, hikayat dan pelengkapnya kisah atau riwayat israiliyyat. Citra faktualnya diserlahkan dengan sokongan keterangan al-Quran dan hadis Nabi. Lazimnya, apabila sesuatu periwayatan melalui tempoh masa yang panjang maka pelbagai unsur Israiliyyat turut menyelinap masuk apatah lagi sumber kisah atau riwayatnya hanya berdasarkan tafsiran para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in yang tidak berakhir dengan Rasulullah. Sudah termaklum, intipati kisah atau riwayat Israiliyyat sekadar pengulangan apa yang pernah diulang-ulang sebelumnya sehingga berlakunya beberapa tokok tambah dan pengurangan.
Friday, August 16, 2019
Konspirasi & Eksploitasi Saintis Barat Pseudosains Terhadap Asal Usul Kejadian Manusia ~ Malek Muhamat Said
(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00
Majoriti pendukung doktrin evolusi Darwinisme (Darwinisme Sosial) adalah para saintis paleoantropologi yang bersandar sepenuhnya kepada rasionalisme. Mendakwa menggunakan kaedah saintifik tetapi sering dituduh mengeksploitasi retorik imaginasi, fantasi dan ilusi. Hampir kesemua mereka adalah golongan agnostis, skeptis dan ateis yang hidup tanpa pegangan agama. Mereka mengeksploitasi dan memanipulasi bidang sains persejarahan sehingga bidang berkenaan dicemari dengan fiksyen dan dongengan pseudosains.
Asas pegangan mereka dimulakan dengan sangkaan iaitu apabila sesuatu proses evoulsi berlaku terhadap sesuatu hidupan maka akan mucul suatu spesis yang baru. Kononnya, setiap spesis baru yang menjelma akan memiliki struktur dan bentuk yang lebih berdaya saing, kompleks dan maju. Menggunakan daya imaginasi dan fantasi, mereka mendakwa telah wujud beberapa sepsis beruk besar purba (primat) jutaan mengalami mutasi dan seterusnya bervolusi sehingga termuncullah spesis peralihan (hominid) yang berkesudahan dengan kemunculan keturunan manusia (genus homo) yang wujud sehingga ke hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)