Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, June 17, 2022

Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat, Solat Musafir, Jenazah, Zakat & Puasa ~ Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussain

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Nama Ustaz Abu Usamah tidak asing lagi. Beliau sememangnya dikenali sebagai ilmuan ataupun ulama muda yang bergiat aktif menyampaikan ilmu kepada setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan di pelbagai medium media sosial dalam merungkai persoalan-persoalan yang diajukan oleh orang ramai. Siapakah insan di sebalik nama Ustaz Abu Usamah ini ? Mari kita kenal.

Nama penuh beliau ialah Mohd Hanapiah bin Hj. Hussin. Gelaran Ustaz Abu Usamah adalah bersempena dengan nama anak lelakinya iaitu Usamah. Beliau lahir pada tahun 1982 dan kini berusia 38 tahun. Beliau adalah Mudir di Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang, Air Jernih, Kemasik, Kemaman, Terengganu.

Mendapat asuhan dan didikan agama sejak kecil daripada ayahandanya sendiri. Kemudian beliau meneruskan pengajian al-Quran di Tahfiz Madrasah al-Quran Kubang Bujuk, Terengganu selama setahun. Selepas itu, beliau ke Pondok Gelang Mas, Kelantan dan menuntut ilmu di sana selama lima tahun. Tidak habis di situ, beliau terus mendalami ilmu di Madrasah al-Nahdhoh al-Islamiyyah al-'Asyariyyah di Pattani, Thailand selama lima tahun. Bagi meneruskan tradisi para ulama, beliau telah mengembara dan menyambung pengajian di bumi Syria dan bertalaqqi selama tiga tahun. Di sana, beliau telah menimba ilmu daripada ramai ulama tertemuka negara Syam.

 

Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah ~ Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Banyak sekali pertanyaan dan persoalan yang berkait dengan agama pernah diajukan oleh sahabat-sahabat kepada saya, sama ada melalui lisan, talian telefon, Whatsapp, Facebook dan lain-lain.

Sebahagiannya saya jawab melalui lisan dan sebahagian yang lain dijawab melalui penulisan. Ada juga pertanyaan-pertanyaan yang tidak sempat dijawab atas faktor-faktor tertentu -semoga Allah Ta'ala memaafkan kecuaian saya-.

Sebenarnya persoalan yang pernah dijawab melalui penulisan, saya sendiri tidak mengetahui secara tepat berapakah jumlahnya. Rasanya ia mencapai angka 500 persoalan, namun ada sebahagiannya terus hilang daripada simpanan peribadi saya.

Jawapan-jawapan yang terkumpul ini dijawab menurut pandangan muktamad mazhab Syafi'i sesuai dengan mazhab yang diamalkan di negara Malaysia. Namun jarang-jarang diselitkan juga pandangan mazhab fiqh muktabar lain serta dijelaskan hal tersebut pada tempatnya.

Boleh dikatakan kesemua jawapan yang terkumpul ini akan disertakan sandarannya daripada dalil-dalil syarak ataupun petikan daripada kitab-kitab fiqh muktabar, khususnya kitab fiqh mazhab Syafi'i.

Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Taharah, Darah Wanita & Solat ~ Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

📚 Jawapan yang dikemukan oleh pengarang adalah berdasarkan Fiqh Mazhab Syafie. Bagi sesetengah masalah yang memerlukan penjelasan yang lebih dalam, pengarang akan membawakan perbahasan perbandingan mazhab terutama Fiqh Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. 
📚 Jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan juga tidak hanya berbentuk hukum, bahkan disertakan dengan dalil dan sandaran rujukan. 
📚 Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama para pelajar, para guru, suami isteri, ketua keluarga dan para Imam dan Bilal. 
📚 Selain menjadi bahan bacaan peribadi, buku ini juga sesuai dijadikan bahan perbincangan Usrah dan Halaqah Ilmu.

Terjemahan Adab Murid dan Guru: Himpunan Adab Yang Diperlukan oleh Para Penuntut Ilmu ~ Penterjemah Artiqullah Mursyid

(SEM & SS) RM15.00 

1.Terjemahan daripada Kitab Adab Ad-Daaris wal Mudarris karya Sheikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W. 1332H). 
2.Secara asasnya, karya ini merupakan ringkasan daripada muqaddimah kitab Majmu' Syarh al-Muhazzab. 
3.Kata pengantar dan semakan oleh Dato' Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. 
4.Buku ini merupakan himpunan adab dan disiplin ilmu yang diperlukan oleh guru dan murid. 

"Belajarlah adab sebelum belajar ilmu" - Imam Malik. 

Antara kitab yang sangat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat ialah kitab Adab al-Daaris wa al-Mudarris yang bermaksud Adab Murid dan Guru yang ditulis oleh seorang tokoh ilmuan Syam iaitu Syeikh Muhammad Jamaluddin al- Qasimi al-Dimasyqi (w.1332H). Beliau memilih dan meringkaskan karya ini daripada muqaddimah kitab Al-Majmu'Syarh al-Muhazzab karya Imam Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi (w.676H) yang telah menyebut beberapa adab untuk guru dan murid.

 

Sehari Dalam Kehidupan Rasulullah ~ Dato' Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Menyambut kelahiran adalah sesuatu yang pasti dinantikan oleh setiap pasangan. Dalam keriangan menyambut kelahiran, eloklah juga kita menambah pengetahuan kita dalam sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah setelah seseorang bayi dilahirkan.


 

Ketidaksempurnaan itu yang menyatukan kita


 We are not perfect. Be kind to ourself.
Allah tahu setiap kelebihan & kekurangan hambaNya. Sangka baik pada Dia.

Buku: Anwar Wahab. 2019. Sweet Dreams. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Thursday, June 16, 2022

Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi ~ Dr Azahar Yaakub, Datuk Dr. Norhafizah Musa, Nurul Atiqah Azman

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Simbolik kejayaan setiap manusia di dunia adalah memiliki keluarga bahagia. Saling menyayangi dan disayangi memenuhi keperluan fitrah dan impian manusia pada mental, fizikal, psikologi yang menjadikannya berpandangan luas dan bermotivasi menjalani kehidupan. Namun, alangkah baiknya kenikmatan dan kebahagiaan kekeluargaan ini diteruskan sehingga mencapai keredhaan Allah dan dipilih untuk bersatu di dalam syurga-Nya yang kekal abadi.

Ketahui rahsia dan hayati nasihat-nasihat membina rumah tangga berdestinasikan syurga dalam karya ini. Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi mengumpulkan pesanan yang berstrukturkan amalan keluarga Rasulullah s.a.w. yang menuju keredhaan Allah.

Antara topik menarik adalah:
Bahagian 1: Iman dan Akidah Punca Kekuatan Utama
Bahagian 2: Meneladani Keluarga Insan Teragung (Nabi Muhammad s.a.w.) Punca Kekuatan Utama
Bahagian 3: Ibadah Utama Raih Bahagia
Bahagian 4: Syurgakan Akhlak Kita
Bahagian 5: Tenang Selagi Allah Menjadi Sandaran
Bahagian 6: Budaya Mahmudah Matlamat Tarbiah

Fasobrun Jamil: Nasihat-Nasihat Penguat Jiwa Untuk Kamu Yang Hampir Putus Asa ~ Ustazah Muzayyanah Abdullah, Alfiah Berkah

(SEM & SS) RM30.000 > RM29.00

Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan dalam keputusan. Sabar selepas kehilangan insan tersayang. Sabar menempuhi dugaan dalam kerjaya. Sabar apabila tidak mencapai sesuatu yang diinginkan selepas sehabis daya berusaha dan berharap. Kesemua kesabaran ini indah kerana sabar itu menjadikan kita masih kekal melangkah ke hadapan.

Sabar itu indah apabila ia menyebabkan kita tidak menyembunyikan diri, tidak berlari daripada segala kenyataan hidup ini, dan menambah semangat untuk kita kembali berjuang lagi. Sakit dan lelah menghadapi ujian kehidupan tidak mematikan rasa ataupun menjadikan kita berputus asa apabila sebuah sabar mekar dalam jiwa.

Buku ini bukan penyelesaian pasti buat masalah dan halangan kita. Solusi bagi setiap rintangan itu tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namun, hayatilah pesanan-pesanan penguat jiwa supaya bertahan dalam meneruskan perjuangan melihat episod-episod sukar ini sebagai sebuah keindahan. Fasobrun jamil!

“Hidup itu seperti benang kusut. Sukar merapikannya. Namun, Allah mengajarkan kita untuk sabar, kerana sabar itu indah dan kita pasti mampu memperbaikinya.”

Bacaan Pelik & Ganjil Dalam Solat Namun Sahih ~ Dzulkhairi Mohd Noor, Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Buku Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat Namun Sahih ini ditulis bagi merealisasikan usaha memperbaharui dan meningkatkan kualiti dalam solat. Solat yang kita kerjakan selama ini sudah cukup baik, namun masih boleh ditambah baik dan ditingkatkan kualitinya.

Jika pembaharuan dalam bidang bukan agama boleh ditambah baik dengan jayanya, mengapa tidak dengan kualiti solat kita. Tahukah kita bahawasanya bacaan dalam solat yang diajarkan dan diamalkan semenjak dari kecil lagi itu sebenarnya mempunyai banyak lagi kaifiat atau bacaan lain yang sahih dan bertepatan dengan sunnah Baginda s.a.w? Semuanya dicatatkan dalam buku ini.

Antara topik menarik adalah:Bacaan-bacaan doa istiftah yang pelik tetapi sahih,
  • Bacaan lain bagi rukuk dan sujud,
  • Bacaan-bacaan lain bagi iktidal dan duduk antara dua sujud,
  • Bacaan lain bagi tashahhud akhir.

Thursday, May 12, 2022

BESTNYA RAYA 2022


 SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2022 SEMUA...

Akhirnya, selepas 2 tahun raya PKP, kali ini kita dapat beraya jumpa sanak-saudara, sahabat handai juga bercuti di mana sahaja.

Tahun ini juga, kami adakan PROMOSI BESTNYA RAYA dengan belian 5 BUKU dapat 1 BUKU FREE (boleh campur-campur genre buku promosinya).

Contohnya, jika anda minat novel seram & mahu berikan HADIAH BUKU RAYA pada family, anda boleh dapatkan 3 novel seram untuk anda & 2 buku lagi genre lain (mungkin motivasi atau novel cinta). BUKU PERCUMA YANG BEST akan kami selitkan sekali dalam parcel anda.

Promosi bermula dari 12 May sehingga31 May 2022.

Sebarang belian & pertanyaan, wasap kami di 013-6786571 atau emel kami di belidiskaun@gmail.com atau terjah Instagram & FB kami di books_belidiskaun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...