Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, March 12, 2018

Ensiklopedia Al-Quran (Edisi Jimat) ~ Syeikh Muhd Mujahid

(SEM & SS) RM50.00 > RM44.00

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Buku ensiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. 'Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul"
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Antara Kandungan:
FAKTA MENARIK MENGENAI AL-QURAN

1. Bilangan Surah Dalam Al-Quran
- 114 Surah

2. Definisi Surah Makkiyah
- Pendapat yang paling tepat bagi definisi surah Makkiyyah ialah surah yang diturunkan sebelum hijrah walaupun ianya diturunkan selain di Makkah.

3. Definisi Surah Madaniyyah
- Pendapat yang paling tepat bagi definisi surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan selepas hijrah walaupun ianya diturunkan selain di Madinah.

4. Perbezaan Antara Surah Makkiyah dan Surah Madaniyah
- Surah-surah Makkiyah merangkumi janji-janji baik, janji-janji buruk, peringatan dan berita gembira di akhirat kelak. Manakala kebanyakkan surah Madaniyyah merangkumi hukum-hukum syariat Allah SWT.

5. Bilangan Surah Makkiyah
- 86 Surah

6. Bilangan Surah Madaniyyah
- 28 Surah

7. Bilangan Ayat di dalam AL Quran
- Bilangan ayat suci Al-Quran mengikut pendapat yang paling tepat (mazhab Kufah) ialah 6,236 ayat.

8. Bilangan ayat Makkiyah
- 4,475 ayat

9. Bilangan ayat Madaniyyah
- 1,761 ayat

10. Bilangan huruf di dalam AL-Quran
- 323,670 huruf

11.Tempoh penurunan ayat-ayat Al-Quran
- 23 tahun

12. Buah-buahan yang disebut dalam AL-Quran
- Buah Tiin dan Zaitun, Buah Anggur, Buah Delima dan buah Kurma.

13. Pokok yang dilaknat yang disebut dalam Al-Quran
- Pokok Zaqqum

14. Nama-nama masjid di sebut dalam AL-Quran
- Masjid al-Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa

15. Bilangan Para Nabi yang disebut dalam Al-Quran
- 25 orang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...