Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 1, 2019

Dudel Tarbiah: Kitab Grafik Tauhid Zindani ~ 'Iffah Nizar

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Kitab Grafik Tauhid Zindani ini dilukis bagi membantu kefahaman dan penyampaian Kitab Tauhid yang ditulis oleh Sheikh Abdul Majid Az-Zindani.

Kitab Tauhid merupakan sebuah kajian aqidah melalui perspektif sains dan Al-Quran. Penulisnya, Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani merupakan seorang tokoh dakwah yang sangat berpengaruh di Yaman. Beliau yang amat terkenal dengan kehebatannya dalam soal aqidah dan tauhid, sering mengadakan kajian, syarahan dan perbincangan bersama-sama tokoh-tokoh sains termasyhur seantero dunia bagi membuktikan kebenaran, kesahihan dan keajaiban Al-Quran.

Kitab karangan Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani ini istimewa kerana penulis menggunakan fakta-fakta sains serta contoh-contoh yang mudah difahami oleh pembaca umum. Kitab Grafik ini pula dilukis khusus untuk membantu kefahaman dan penyampaian Kitab Tauhid Az-Zindani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...