Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, April 28, 2019

Oh My Student! 2.0: Hidup Biar Smart ~ Liza Suhana Ramli

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Cabaran berdikari buat pertama kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan yang penting dalam kehidupan di kampus. Bagi yang kukuh iman di hati dan pandai membawa diri, tidak akan semudahnya menyerah dengan cabaran yang mendatang dan tidak pula mudah terbuai dengan keseronokan yang terhidang di depan mata.
Pilihlah sahabat yang jelas hala tuju dunia dan akhiratnya. Jangan mudah terpedaya dek cinta yang belum pasti berakhir menjadi jodoh. Elakkan diri daripada terjebak dengan pergaulan yang tidak sihat yang bakal mengundang mudarat. Uruslah emosi sendiri supaya mudah meniti jalan yang bakal ditempuhi. Jaga akhlak yang menjadi cerminan peribadi. Tetapkan matlamat dan tingkatkan usaha untuk menggapai kejayaan yang diimpi.

ALU-ALUAN
“Buku yang penuh dengan nasihat dan perkongsian pengalaman serta ilmu. Bermula dengan cabaran berdikari dan pelbagai pengalaman hidup dari alam percintaan sehinggalah perubahan dan tekanan emosi dalam menangani cabaran hidup, penulis telah mengheret kita lebih jauh dalam mendalami erti kehidupan. Realiti dalam kehidupan disentuh dalam bentuk cerita yang mampu menonjolkan mesej yang ingin disampaikan.”
- DATO PROF. DR. HJ. MOHD IDRUS HJ. MOHD MASIRIN

“Penulis telah menyajikan 28 kisah benar yang ditulis dengan berlatarbelakangkan sebuah institut pengajian tinggi negara. Penulisan dengan gaya bahasa yang bersahaja diperkukuhkan pula dengan hadis sahih, cerita daripada Al Quran dan kisah para Nabi serta pesanan cendekiawan pasti akan menggamit pembaca untuk terus membaca sehingga helaian terakhir. Uniknya buku ini kerana ia dapat diangkat sebagai sebuah naskhah motivasi. Penceritaan dengan nada yang santai tetapi intinya menyengat di hati.”
YUSMA YUSOF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...