Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, May 14, 2019

Kaedah-kaedah Syarak Berkaitan Isu-isu Perubatan ~ Walid bin Rasyid Al- Su'aidan

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga berada sama tinggi dan sama maju oleh kepesatan dan kemajuan itu. Begitu juga penyakit, semakin canggih alatan perubatan dan semakin moden sistem dan prosedur perubatan semakin banyak penyakit yang dikategorikan berbahaya dan membawa maut. Kemunculan virus dan bakteria yang berbahaya juga semakin menambahkan kerisauan kepada ketamadunan sejagat.

Pelbagai kaedah rawatan, vaksin, ubat, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta. Pelbagai isu dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, penentuan kehalalan sesuatu ubat dan vaksin, hukum berubat dengan sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat, kaedah kuarantin daripada penyakit berjangkit dan memudaratkan dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan perbincangan para ulama Islam masakini.

Pembentangan perbahasan di dalam buku berkisar permasalahan ini melalui metod atau kaedah penghuraian berdasarkan Kaedah-Kaedah Fiqh' atau yang Iebih dikenali dengan 'Al-Qawa'id Al-Fiqhiyyah'. Huraian lanjut bagi setiap kaedah pula disertakan dengan penjelasan atau 'syarah' berdasarkan contoh permasalahan dan isu perubatan yang timbul, dengan disokong oleh ayat-ayat suci Al-Qur'an Al-Karim, hadis-hadis Nabi S.A.W., dan juga kisah-kisah iktibar daripada Sirah Nabawiyyah, juga para sahabat Radiyallahu 'Anhum Ajmain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...