Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, May 3, 2019

Zakat: Penjana Ekonomi Islam ~ Dr. Rif'at Abd. Al-Latif Masyhur

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Salah satu daripada rukun Islam yng lima ialah menunaikan zakat. Ini menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan dalam Islam adalah amat penting dan menjadi tuntutan Islam itu sendiri. Sistem ekonomi dan kewangan Islam yang berasaskan zakat terbina daripada beberapa aspek seperti kepercayaan, ketuhanan, kepimpinan, perhubungan, pembersihan dan penyucian harta. Selain itu, tidak ada tembok yang memisahkan antara ekonomi dan kewangan daripada soal sosial, politik, etika ataupun moral. Itulah asas konsep dan sistem ekonomi Islam yang ditujnjukkan oleh zakat.

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W "...beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat dalam harta-harta mereka, yang diambil dari orang kaya mereka dan diberikan kepada orang miskinnya".

Di dalam harta itu bukan semuanya adalah hak mutlak seseorang inidividu tersebut, sebahagiannya daripadanya adalah milik orang lain. Di sinilah zakat memberi ruang kepada umat Islam untuk memberikan hak tesebut kepada mereka berhak untuknya. Dengan zakat membersihkan harta daripada unsur yang bukan menjadi hak pemiliknya. Nilai tolong-menolong dan berkasih sayang mampu menguatkan lagi keimanan serta mengukuhkan negara dan bangsa dari segi ekonomi, sosial, moral dan politik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...