Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Masykur Arif Rahman. Show all posts
Showing posts with label Masykur Arif Rahman. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Cegah Penyakit Hati dan Jantung dengan Puasa Daud ~ Masykur Arif

Apa itu puasa Daud? Puasa Daud ialah amalan puasa sunat yang pernah diamalkan oleh Nabi Daud A.S. iaitu sehari berpuasa sehari lagi tidak berpuasa. Tahukah anda amalan puasa ini boleh mencegah penyakit hati & jantung? 

Bagaimanakah puasa ini boleh mencegah penyakit ini?
Penyakit jantung dan hati tidak menyerang secara tiba-tiba, tetapi ia disebabkan oleh pola pemakanan, diet dan cara hidup yang tidak sihat. Usah risau puasa Daud ini sekiranya diamalkan dapat mengubah pola pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat kepada yang Iebih menyihatkan.

Apa hubungan puasa Daud ini dengan jantung & hati?
Buku ini merungkaikan persoalan tersebut secara terperinci. Juga menghuraikan tentang fungsi puasa Daud terhadap kesihatan tubuh badan baik dari pandangan Islam mahupun penelitian ilmiah dan sains.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Kesalahan-kesalahan Semasa Berwuduk Dan Mandi Junub ~ Masykur Arif Rahman

Kunci solat adalah taharah atau bersuci. Berwuduk dan mandi junub atau mandi hadas merupakan cara untuk bersuci. Maka adalah wajib untuk setiap muslim dan muslimah untuk mengetahui tatacara dan syarat sah bersuci ini. Inilah yang dinamakan sebagai ilmu Fardu 'Ain.
Ada juga yang mengetahui hanya secara asas sahaja ilmu berkenaan bersuci ini. Ini tidak memadai kerana ilmu ini perlu difahami secara lebih terperinci. Disebabkan kurang kefahaman tentang bersuci ini, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan walaupun tanpa disengajakan. 

Buku ini menjelaskan secara terperinci berkenaan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan semasa berwuduk atau mandi junub. Kesalahan-kesalahan ini mencacatkan kesempurnaan wuduk dan mandi junub. Kadang-kadang ada kesalahan fatal yang membatalkan sahnya wuduk atau mandi junub. Sekiranya kunci solat ini tidak disempurnakan bagaimanakah dengan kesempurnaan solat kita.

Oleh sebab itu buku ini harus dibaca oleh setiap muslim dan muslimah untuk menghindarkan kesalahan-kesalahan dalam wuduk dan mandi junub. Semoga dengan kesempurnaan taharah itu menjadikan ibadah kita lebih khusyuk dan sempurna.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Sunday, December 15, 2013

Rahsia Sujud Sebagai Terapi Kesihatan ~ Masykur Arif

Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa sujud itu boleh dijadikan terapi kesihatan? Tahukah anda bahawa sujud juga dapat menjadi salah satu terapi terbaik untuk janin dalam kandungan? 

Saraf-saraf tertentu di dalam otak manusia hanya sesekali dimasuki darah. Bila tidak dimasuki oleh darah sama sekali pasti akibatnya amat buruk untuk kesihatan. Oleh sebab itu, amat diperlukan aktiviti rutin untuk memastikan darah sentiasa masuk ke dalam saraf-saraf tersebut. Aktiviti rutin berkenaan adalah dengan bersujud. Dalam sehari kita bersujud sebanyak 34 kali iaitu dalam solat fardu yang lima. Sekiranya ditambah lagi dengan solat sunat maka kita akan lebih banyak bersujud. Ketika kita dalam posisi bersujud, pembuluh darah di dalam otak juga terlatih untuk menerima banyak bekalan oksigen. 

Buku ini membongkar rahsia keistimewaan sujud yang sangat bermanfaat kepada kesihatan. Di antara manfaat sujud ialah is boleh menghindarkan stroke, menguatkan otot, memberikan ketenangan jiwa, memberikan lebih keyakinan, melatih kita agar lebih focus. Malah sujud juga adalah tempoh waktu yang paling hampir bagi seorang hamba dengan Penciptanya. Di sini kita boleh mencurah segala isi hati dan permintaan kita kepada Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...