Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, January 24, 2014

Kesalahan-kesalahan Semasa Berwuduk Dan Mandi Junub ~ Masykur Arif Rahman

Kunci solat adalah taharah atau bersuci. Berwuduk dan mandi junub atau mandi hadas merupakan cara untuk bersuci. Maka adalah wajib untuk setiap muslim dan muslimah untuk mengetahui tatacara dan syarat sah bersuci ini. Inilah yang dinamakan sebagai ilmu Fardu 'Ain.
Ada juga yang mengetahui hanya secara asas sahaja ilmu berkenaan bersuci ini. Ini tidak memadai kerana ilmu ini perlu difahami secara lebih terperinci. Disebabkan kurang kefahaman tentang bersuci ini, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan walaupun tanpa disengajakan. 

Buku ini menjelaskan secara terperinci berkenaan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan semasa berwuduk atau mandi junub. Kesalahan-kesalahan ini mencacatkan kesempurnaan wuduk dan mandi junub. Kadang-kadang ada kesalahan fatal yang membatalkan sahnya wuduk atau mandi junub. Sekiranya kunci solat ini tidak disempurnakan bagaimanakah dengan kesempurnaan solat kita.

Oleh sebab itu buku ini harus dibaca oleh setiap muslim dan muslimah untuk menghindarkan kesalahan-kesalahan dalam wuduk dan mandi junub. Semoga dengan kesempurnaan taharah itu menjadikan ibadah kita lebih khusyuk dan sempurna.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...