Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, January 24, 2014

Kitab Fiqh; Mendidik Anak Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah ~ Syeikh Khalid Abdul Rahman

Mendidik anak merupakan amanah besar yang wajib dipikulkan oleh setiap ibu bapa dan para penjaga. Tanpa pendidikan dan latihan kehidupan yang benar pasti akan mencacatkan pembangunan sebuah tamadun agama dan bangsa. Bukan itu sahaja, is juga akan melemahkan sebuah institusi negara yang berdaulat. Lebih-lebih lagi di zaman yang semakin mencabar ini dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi dan sistem maklumat. Semua maklumat boleh dipetik dengan hujung jari tanpa sempadan. Sama ada ia betul atau tidak, positif atau negatif, semuanya amat mudah untuk dicapai dalam bentuk visual, audio mahupun teks. Oleh sebab itu, Islam amat menitikberatkan coal pendidikan anak ini. Panduan dan petunjuknya telah terdapat di dalam dua rujukan utama Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah lebih 1400 tahun yang lalu. 

Buku ini amat penting sekali dari sudut pengisiannya. la menjelaskan pendekatan atau kaedah yang menyeluruh dan tepat tentang asas-asas pendidikan anak daripada perspektif Al-Quran dan Sunnah. Panduan yang telah disediakan Islam sebenarnya telah mendahului peradaban moden dalam pendidikan anak ini. Namun malangnya masyarakat kini lebih menyakini dan mengagungkan pendekatan barat yang dianggap lebih terkini dan maju. Malah ada dalam kalangan masyarakat moden menganggap pendekatan Al-Quran dan Sunnah ini tidak menepati piawai zaman moden. Sebenarnya ini adalah suatu pandangan yang terkebelakang dan salah. 

Buku ini disusun secara sistematik dengan memerhatikan fasa-fasa kehidupan dan pertumbuhan manusia sejak dari alam rahim, dunia dan fasa pendewasaan manusia. la merupakan sebuah rujukan yang sangat bernilai untuk semua

*****

(SEM) RM55.00 - RM48.40
(S/S) RM58.00 - RM51.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...