Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, October 23, 2020

50 Kenikmatan Bagi Orang Yang Solat Berjemaah ~ Mohd Ahmad Kamil

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Para malaikat yang bertugas menjaga malam dan siang, berkumpul untuk menyaksikan orang-orang yang melaksanakan solat Subuh dan Asar berjemaah. Mereka memohonkan keampunan kepada orang yang berjemaah di masjid. Allah SWT mengangkat darjat orang yang solat berjemaah sehingga mereka berada dalam tujuh golongan manusia yang mendapat jaminan syurga dan mendapat naungan Allah pada hari kiamat nanti.

Masha Allah ! Betapa hebatnya keistimewaan yang Allah kurniakan buat orang yang solat berjemaah. Jika kita benar-benar mengetahui setiap kenikmatan dan kelebihan yang Allah SWT anugerahkan buat orang-orang yang solat berjemaah, kita pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berjemaah pada setiap waktu solat sehingga ke akhir nafas kita.

Buku ’50 KENIKMATAN BAGI ORANG YANG SOLAT BERJEMAAH’ menjelaskan setiap keistimewaan bagi orang yang solat berjemaah dengan terperinci yang pastinya akan mengagumkan kita dan membuatkan kita berasa rugi jika hanya melakukan solat bersendirian.

Antara isi kandungan menarik :
Syarat-Syarat Imam Solat Jemaah
Kelonggaran Solat Jemaah
Adab & Tatacara Solat Jemaah
Hukum Solat Berjemaah Bagi Kaum Wanita
Sembahyang Jumaat
Pencuri Sembahyang

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...