Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Sa'id bin Ali. Show all posts
Showing posts with label Sa'id bin Ali. Show all posts

Monday, June 27, 2022

Terapi Ayat-Ayat Manzil: Kumpulan Doa Ruqyah Pengubatan Terhadap Sihir dan Kerasukan Jin ~ Sa'id Bin Ali

(SEM & SS) RM3.90

Amalan membaca Manzil ini boleh memberikan perlindungan daripada gangguan syaitan dan sihir dengan izin Allah. Ini telah membuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini telah disebutkan di dalam kitab Al-Qaulul Jamil dan Behisti Zewar.

Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh. Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.

Setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya kecuali maut atau mati. Begitu dengan guna-guna dan sihir ini. Lebih menakjubkan penawarnya adalah ayat-ayat suci Allah. Buku yang dihimpunkan ayat-ayat dan doa-doa ruqyah ini boleh dijadikan panduan dan amalan. Semoga keyakinan dan iman kita terus mantap dengan kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.

Friday, October 23, 2020

Doa-doa Agar Dikurniakan Hari Yang Indah ~ Sa'id bin Ali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ‘Doa-Doa Agar Dikurniakan Hari Yang Indah’ merangkumi doa-doa harian serta zikir-zikir yang boleh diamalkan setiap saat agar kita dapat menjalani aktiviti harian dengan mudah dan dianugerahkan hari yang membahagiakan setiap hari.

Allah SWT berfirman : “Bila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat, akan Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, maka mereka harus menyambut panggilan-Ku (segala perintah-Ku) dan ia harus beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah : 186)

Buku ini boleh dijadikan peneman setia anda walau ke mana sahaja anda pergi kerana seorang hamba yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT tidak akan pernah berasa resah, risau atau sedih apabila seluruh kebergantungannya hanyalah pada Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...