Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, February 28, 2017

Bulughul Maram ~ Ibnu Hajar Al-'Asqalani As-Syafie

(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Kitab Hadis Bulughul Maram merupakan salah satu daripada kitab-kitab peninggalan Islam hasil karya Ibnu Hajar Al ‘Asqalani yang telah diteliti keabsahannya oleh penerbit Darul ‘Aqidah. Ini memberikan kelainan dengan terjemahan lain dari kitab yang sama. Pembahasan yang disajikan di dalamnya bukan hanya terjemahan matan hadisnya sahaja, tetapi dilengkapi dengan takhrij singkat setiap hadis yang dikemukakan untuk mengetahui taraf kesahihan dan kedaifannya. Hal tersebut dilakukan untuk memenuhi tuntutan para pembaca yang kian hari makin bertambah kritis dan teliti dalam memilih bacaan buku agama yang bermutu. Semuanya itu dikemukakan dalam terjemahan ini secara terperinci dan terbuka.

Sebahagian besar dari takhrij merujuk kepada karya tulisan seorang ulama ahli hadis terkenal masa kini, iaitu ‘Allamah Syeikh Muhammad Nasiruddin Al Albani. Dan juga kepada karya-karya tulisan ulama ahli hadis lainnya seperti Syeikh Az Zaila'iy, Syeikh Ahmad Syakir, Syeikh Hamzah Az Zain dan lain-lainnya. Sekiranya masih belum ditemukan juga keterangan yang memuaskan dari mereka, maka dirujuk kepada takhrij dan komentar yang terdapat di dalam kitab “Subulus Salam Syarah Bulughul Maram” karya As-Sanani.

Kitab yang membicarakan tentang hukum-hukum berdasarkan hadis adalah salah satu rujukan yang amat berguna untuk setiap pencinta ilmu. Mudah-mudahan buku ini memberikan manfaat yang besar bagi para pembaca yang kian hari makin bertambah kritis dan dahagakan ilmu pengetahuan tentang keabsahan hadis-hadis yang menjadi sumber utama dari agama mereka sesudah Kitabullah iaitu Al-Qur'an Al-Karim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...