Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, November 9, 2017

Kapsul Iman: Satu Ubat Seribu Rawat ~ Ustaz Mohd Fadli Yusof

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Pernah suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.m. Pesakit itu bertanya kepadanya, “Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh daripada Allah Taala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan.”

Sofyan r.m, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, “Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar KEIKHLASAN, daun-daunan KESABARAN, dan perahan KERENDAHAN HATI. Letakkan semua dalam wadah KETAKWAAN, lalu tuangkan ke dalam cairan RASA TAKUT, kemudian adun dengan api KESEDIHAN.

Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan KEJUJURAN, lalu minumlah dari gelas ISTIGHFAR yang telah dicampurkan dengan air KESOLEHAN.

Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada RAKUS dan SERAKAH, insya-Allah, dengan izin Allah Taala, engkau akan SEMBUH daripada penyakitmu itu.”

PENULIS
Lahir pada 4 April 1967 di Lumut, Perak. Mendapat pendidikan di Qismu Dakwah Wal Qiadah Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman berdakwah di Asia Tenggara dan Jepun. Beliau juga menyumbang kepakaran sebagai konsultan untuk program di beberapa agensi kerajaan dan swasta serta menjadi pembimbing umrah bersama Nexus Holidays Sdn. Bhd.

Aktiviti dakwah beliau berpusat di Pensiangan mulai 2011. Sejak itu, beliau telah mengislamkan hampir 700 orang di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan lain-lain negara. Telah mendirikan enam buah masjid bagi meneruskan aktiviti pendidikan untuk pembangunan Islam dalam diri setiap saudara baru.

Ustaz Mohd Fadli pernah muncul dalam rancangan TV Salam Muslim di Astro Oasis, Fikrah (TV Jakim/TV1), Syahadah Ramadhan 1436H (TV1/TV2), dokumentari “Dua Marhalah - Rice & Roses” sempena Maal Hijrah 1437H (TV1), Dikir Zikir (TV Al-Hijrah) dan Selamat Pagi Malaysia - Setulus Hidayah (TV1). Juga ke udara di Radio IKIMfm dalam rancangan Islam Agamaku dan rancangan Inspirasiku, Radio Jakim Salam FM dalam rancangan Misi Syahadah dan Radio Terengganu FM. Beliau juga menjadi kolumnis Majalah Q&A dan Usrati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...