Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, November 9, 2017

Biografi Agung Fathi Yakan: Idealog Dakwah Dari Lubnan ~ Mohd Rumaizuddin Ghazali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Fathi Yakan (1933- 2009) adalah seorang tokoh gerakan Islam di Lubnan. Beliau telah menghasilkan lebih dari 40 buah buku yang meliputi dakwah dan sifat-sifat pendakwah yang berjaya serta isu-isu semasa umat Islam. Pemikiran dakwah amat baik dikaji dan diambil sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang amat berharga kepada generasi kini dan juga organisasi yang berteraskan dakwah. Buku ini mengkaji beberapa aspek pemikiran Fathi Yakan terutama mengenai ciri-ciri pendakwah dan gerakan Islam serta kupasannya dalam membina keperibadian para pendakwah yang berjaya di samping memaparkan latar belakang Fathi sebagai seorang pendakwah dan ahli politik. 

Perjuangan dakwahnya mengalami pasang surut dalam masyarakat Lubnan yang pelbagai ideologi dan kumpulan. Kedudukan masyarakat Islam dan bukan Islam di Lubnan adalah sama rr banyak, 50:50%. Keadaan ini menyebabkan kerja-kerja dakwah dan gerakan Islam di Lubnan perlu mengambil kira segala aspek agar Islam dan dakwah terus subur. Oleh itu, pendekatan dan pemikirannya dalam menghadapi situasi kepelbagaian ini menarik untuk dikaji dalam konteks dakwah kita di Malaysia. Beliau sentiasa menyarankan agar aspek kepelbagaian dan realiti masyarakat diambil sebagai faktor utama dalam melaksanakan aktiviti dakwah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...