Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, January 16, 2017

Panduan Lengkap dan Mudah Untuk Pembahagian Harta Pusaka ~ M. Sanusi

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

ILMU FARAID ialah ilmu yang menghuraikan cara pembahagian harta peninggalan seseorang kepada ahli waris yang berhak menerimanya. Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Tujuan ilmu faraaid adalah agar pembahagian warisan dilakukan secara adil, tidak ada ahli waris yang dirugikan sehingga tidak ada perselisihan atau perpecahan antara ahli waris kerana pembahagian harta pusaka. 

Pembahagian harta pusaka pada zaman Arab Jahiliyah (sebelum kedatangan Islam) menampakkan ketidakadilan di antara anak-anak yang belum dewasa (anak yatim) dan isteri yang tidak berhak atas harta pusaka, bahkan isteri pula dianggap sebagai satu harta pusaka untuk diwarisi oleh saudara lelaki daripada pihak suami. Ilmu ini menjadi ilmu yang semakin terpinggir masa kini walaupun ilmu-ilmu lain semakin berkembang dan tersebarluas. Pengurusan harta pusaka dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini di mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran barn. 

Antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri, ibu bapa, anak beranak. saudara mara atau sebagainya.Apabila kebendaan dijadikan kayu ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga mudah menjadi porak peranda. Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut sebagai ilmu faraaid.
Ilmu faraidh juga merupakan ilmu yang mula-mula diangkat dari dunia ini. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda. "Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraaid adalah suruhan dari agama kamu dan hahawasanya ilmu faraaid adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku ."(Riwayat Ahmad)
Seorang orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS). University of London menyatakan, : "Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan." 

Moga buku ini dapat menyedarkan para pembaca terhadap hikmah pensyariatan ilmu faraaid ini terhadap umat manusia keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...